Skip to main content

Bola Sepak

Menjadi impian setiap jurulatih bawa pasukan ke puncak liga -- Jurulatih Selangor

fff
Advertisement

Selangor mencatatkan kemenangan keenam berturut-turut musim ini selepas berjaya menang tipis 1-0 ke atas Star City dalam kempen minggu keenam, Liga Super 2026/27, malam tadi.

Jaringan tunggal penyerang import, Hugo Boumous, pada minit ke-16 perlawanan sudah cukup untuk memastikan Gergasi Merah terus kebal dengan rekod bersih tanpa tewas setakat ini.

Advertisement

Bagi ketua jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, dia memuji komitmen dan kesungguhan yang dipamerkan anak buahnya meskipun terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas penyerang prolifik, Chrigor Moraes, dilayangkan kad merah pada minit ke-83 perlawanan.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun mengakui perjalanan mereka masih lagi jauh sambil menggesa The Red Giants kekal fokus dengan misi untuk mencabar kejuaraan Liga Super musim ini.

Advertisement

"Ia permulaan yang baik dan aksi yang bagus, kami perlu belajar daripada aksi ini, ada peluang untuk menambah jaringan tetapi jika tidak menjaringkan gol kami akan menderita.

 

 

 

"Ia adalah impian untuk berada di puncak carta liga, impian setiap jurulatih dan pasukan. Pemain melakukan dengan bagus meski terima kad merah, kami masih raih tiga mata," katanya.

Sementara itu di kem pelawat, pengendalinya, Mehmed Durakovic, menyifatkan pasukannya meraih pengajaran berguna tatkala berdepan pasukan berkualiti seperti Selangor.

Dia memberikan jaminan skuad Sang Helang Utara akan bangkit memburu tiga mata dalam aksi seterusnya berdepan Melaka di Hang Jebat, pada 21 November depan.

"Kami cipta peluang, Selangor beraksi dengan baik dalam babak pertama, kami pula beraksi dengan baik dalam babak kedua.

"Ini bola sepak, kami perlu ambil banyak aksi positif daripada perlawanan malam ini. Bukan mudah buat kami. Kami tahu Selangor berada di tahap terbaik, pemain kami juga telah lakukan yang terbaik, ia sukar untuk terima." tambahnya.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video