Skip to main content

Bola Sepak

Tamatkan Piala Dunia B-15 di kedudukan ke-56, Harimau Muda raih pengalaman berharga di Azerbaijan

dd
Advertisement

Pendedahan beraksi menentang pemain lebih berusia dalam saingan Piala Belia B-18 tahun musim ini, ternyata memberikan manfaat buat skuad B-15 tahun negara.

Pengendalinya, P. Maniam mengakui pengalaman itu menjadi faktor utama yang membantu Harimau Malaya B-15 bersaing di pentas Festival dan Piala Dunia B-15 tahun di Baku, Azerbaijan, baru-baru ini.

Advertisement

"Saya rasa pada Januari tahun ini lagi kami sudah mulakan perjalanan kami, sambal kami sertai Piala Belia, terima kasih FAM kerana bukan mudah bersaing dalam Piala Belia.

"Kami tewas tujuh ke lapan kali, seri tiga kali dan menang empat kali tetapi kami belajar banyak dari situ.

Advertisement

"Di kejohanan ini mereka boleh bersaing dengan pemain yang ada fizikal tinggi," katanya.

 

 

 

Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ke-56 daripada 189 pasukan, sekali gus muncul wakil ASEAN dengan kedudukan tertinggi.

Selain itu, Malaysia turut menjadi satu-satunya negara ASEAN yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok Tier B, mengatasi Indonesia, hailand dan Vietnam.

Barisan pemain muda negara kembali ke tanah air semalam, namun perjalanan mereka belum berakhir dan cabaran seterusnya menanti menerusi kempen Kelayakan Piala Asia B-16, Oktober tahun depan.

"Saya bersyukur kami dapat pamer aksi terbaik, kami belajar beraksi dengan lebih tenang. Kami dapat lakukan bina strategi dari bawah sampai ke atas, ada masalah yang kami masih belajar.

"Saya harap pasukan ini dapat perbaiki lagi menjelang Kelayakan Piala Asia B-16 tahun depan." tambah kapten B-15 negara, Anas Suffiyan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video