Meskipun melakukan rombakan besar-besaran dalam jendela perpindahan kedua musim ini, Timbalan Presiden, Persatuan Bolasepak Melaka United, Datuk Wira Yusoff Mahadi, mengakui misi untuk kekal dalam Liga Super adalah sasaran realistik buat Melaka dalam baki saingan musim ini.
Dengan sekali lagi berwajah baru, mereka diperkuatkan lapan muka baru membabitkan tiga pemain import dan lima pemain tempatan.
Malah, juara Liga Perdana 2016 itu turut mendapat sentuhan jurulatih dari Portugal, Eduardo Almeida, yang menggantikan Eric Williams.
Dengan perubahan besar itu, misi skuad Melaka kini adalah untuk keluar daripada zon penyingkiran.
"Ia merupakan rombakan besar pada separuh musim.
"Dengan itu, saya berharap perubahan dapat mengubah Melaka agar mampu berdaya saing dan kekal dalam Liga Super," katanya.
Mereka gagal mencatat kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir liga.
Menghuni tangga kedua tercorot ketika saingan berbaki sembilan perlawanan, skuad Melaka dituntut menyerlahkan persefahaman tinggi setelah gagal berbuat demikian sebelum ini.
"Kalau pemain tidak boleh berkomunikasi secara terus, mereka boleh meluahkannya kepada saya.
"Saya tidak mahu masalah komunikasi menjadi penyebab kekalahan Melaka selepas ini."