Vietnam gerun bertemu Harimau Malaya? Persiapan terjejas ekoran Malaysia bakal turun dengan kelainan corak permainan.
Perlawanan membabitkan musuh tradisi Asia Tenggara, Malaysia akan melayani kunjungan Vietnam bagi merebut misi yang sama dalam Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Selasa ini.
Harimau Malaya dalam keadaan terbaik untuk memperbaharui rekod selepas 15 tahun apabila kali terakhir menewaskan Vietnam di tempat sendiri adalah pada 2010 dalam Piala AFF Suzuki.
Terdahulu, ketua jurulatih, Kim Sang-sik menzahirkan rasa kebimbangan melihat terbaharu skuad kebangsaan yang diperkuat pemain warisan seperti Rodrigo Holgado, Facundo Garces, Imanol Machuca dan Jon Irazabal.
"Keadaan ini menyebabkan lebih sukar untuk menganalisis taktik pihak lawan,” katanya.
Menerusi media yang dikongsikan Harimau Abroad, Bintang Emas menganggap ia aksi yang sukar, skuad negara enggan lagi tunduk kepada Vietnam.
Berita yang tular itu melahirkan kerisauan buat peminat Vietnam yang berdepan misi hidup mati di tempat lawan.
Perkembangan itu menceritakan tentang kehadiran pemain warisan negara yang baru menyertai kem sesi latihan minggu lalu bakal memberi impak besar kepada Harimau Malaya dan kelebihan bermain di tempat sendiri.

?? A Vietnamese news programme reported on the latest heritage players ahead of the Malaysia vs Vietnam match.pic.twitter.com/6sPiqQdIaH
— Harimau Abroad ?? (@HarimauAbroad) June 7, 2025