Kylian Mbappe akan direhatkan dalam perlawanan Ligue 1 di antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Lille kerana masalah kesihatan manakala Lionel Messi pula mengalami kecederaan ringan menjelang pertemuan itu.
Pendahulu Ligue 1, PSG, akan melayani kunjungan Lille di Parc des Princes awal pagi esok dengan sasaran untuk kembali ke landasan kemenangan selepas terikat tanpa jaringan dengan Marseille minggu lalu.
Skuad bimbingan Mauricio Pochettino itu akan turun tanpa Mbappe, yang mengalami jangkitan telinga, hidung dan tekak.
Mbappe bukan satu-satunya pemain bintang yang tidak menyertai sesi latihan semalam, bahkan Messi juga tidak dapat menyertainya disebabkan kelesuan otot.
PSG akan membuat keputusan lewat mengenai tahap kecergasan Messi dan Pochettino mendedahkan bahawa dia mungkin memasukkan kapten Argentina itu pada pertengahan perlawanan seandainya cukup cergas.

"Messi tidak menyertai latihan sebagai langkah pencegahan," kata Pochettino dalam sidang media sebelum perlawanan itu.
"Tetapi dia menjalani sesi latihan individu. Kita akan lihat sama ada dia dapat bermain esok atau tidak.
"Kylian sudah tentu pemain yang penting buat kami. Dia tidak dapat beraksi, jadi terdapat beberapa kemungkinan mengenai siapa yang akan bermain di tengah.
"Messi boleh bermain tetapi masih ada pilihan lain. Kita akan melihat keputusan akhirnya nanti.
"Seperti yang Pep Guardiola katakan, Messi boleh bermain di mana-mana," katanya.
"Lionel Messi","Kylian Mbappe","Mauricio Pochettino","Lille","PSG","Ligue 1"