PERANCIS 1 AMERIKA SYARIKAT 1
Jaringan Kylian Mbappe menyelamatkan Perancis daripada diaibkan Amerika Syarikat apabila mencatat keputusan seri 1-1 dalam aksi persahabatan di Lyon, awal pagi tadi.
Beraksi di laman sendiri, skuad Les Bleus yang mengatasi Ireland dan Itali dalam dua perlawanan sebelum ini, dilihat mempertaruhkan gandingan Mbappe dan Olivier Giroud di bahagian depan.
Seawal minit kelima, Perancis memberikan ancaman buat pelawat menerusi percubaan Paul Pogba yang tersasar sebelum tandukan Giroud tepat ke dakapan penjaga gol, Zack Steffen, selepas menerima hantaran Antoine Griezmann tiga minit kemudian.
Steffen meneruskan kecemerlangan apabila menggagalkan rembatan Mbappe selepas pemain penggempur Paris Saint-Germain (PSG) itu melakukan gerakan bersama Griezmann dan dia turut menafikan percubaan rendah Pogba pada minit ke-33.
Walaupun banyak mencipta serangan, anak-anak buah Didier Deschamps itu akhirnya dihukum pada minit ke-44 apabila Djibril Sidibe tergelincir ketika cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, sekali gus membolehkan Julian Green menyudahkan peluang di depan gol untuk menjadikan kedudukan 1-0.
Memasuki babak kedua, Perancis sekali lagi dikejutkan dengan jaringan kedua daripada Green pada minit ke-47 tetapi pengadil mendakwa penyerang berusia 23 tahun itu berada dalam posisi ofsaid.
Kemasukan Corentin Tolisso, Ousmane Dembele, Lucas Hernandez dan Nabil Fekir jelas memberi masalah buat pasukan bimbingan Dave Sarachan itu, namun kebuntuan di depan gol membuatkan Perancis terus kempunan.
Gol yang dicari-cari tuan rumah akhirnya menyusul pada minit ke-78 apabila hantaran lintang Benjamin Pavard mencetuskan situasi kelam-kabut di dalam kotak penalti sebelum Mbappe menyambar bola dan menghukum lawan bagi menjadikan kedudukan 1-1 dan ia kekal sehingga pengadil, William Collum, meniupkan wisel penamat.
Perancis akan memulakan cabaran untuk mengulangi kejayaan menjulang Piala Dunia 20 tahun lalu apabila berdepan Australia pada 16 Jun bagi aksi pertama Kumpulan C Piala Dunia 2018 di Kazan Arena.