Nemanja Matic meletakkan keyakinan terhadap Ole Gunnar Solskjaer untuk memastikan Manchester United kembali ke landasan kemenangan selepas tewas dua kali berturut-turut di samping mahu dia dikekalkan sebagai pengendali tetap The Red Devils.
United tewas 2-1 kepada Wolverhampton dalam aksi suku akhir Piala FA, Sabtu lalu, enam hari selepas Solskjaer mengalami kekalahan pertama dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Arsenal.
Mereka kekal dalam saingan untuk merebut kelompok empat pasukan terbaik sementara bakal berdepan Barcelona dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).
"Saya pasti Solskjaer mampu mengubah nasib pasukan dan kami akan cuba beraksi dengan lebih baik," kata Matic.
"Saya mahu Solskjaer kekal di United. Dia seorang pengurus yang baik dan sangat positif.
"Kami perlu memberikan yang terbaik untuk memastikan United dalam kelompok empat terbaik, kami tidak boleh melepaskan peluang ini."
Matic berkata lagi: "Chelsea, Arsenal dan Tottenham akan berusaha untuk mencapai sasaran yang sama.
"Jika anda lihat dua bulan lalu, kami ketinggalan 11 mata di belakang Chelsea dan kini kami berada dalam kedudukan yang lebih baik. Kami mempunyai lapan lagi aksi terakhir, jadi kami akan belajar daripada kekalahan ini."