Pemain tengah Manchester United, Nemanja Matic, menyeru pasukannya agar meningkatkan usaha selepas mereka bangkit untuk menewaskan Crystal Palace.
Selepas ketinggalan 2-0 di Selhurst Park dalam aksi awal pagi tadi, United bangkit menerusi gol Chris Smalling, Romelu Lukaku dan Matic untuk meraih kemenangan.
Matic, yang menjaringkan gol kemenangan dari jarak 30 ela pada minit ke-91, memuji semangat juang pasukannya, namun berkata mereka masih memerlukan peningkatan.
"Selepas gol kedua, sukar untuk kami kembali. Kami menunjukkan karakter dan mengikuti arahan pengurus," kata pemain Serbia itu.
"Dalam perlawanan seperti ini, jika kami menang, maka kami layak bersaing untuk gelaran.
"Kualiti ada tetapi kami mesti jujur: kami perlu bekerja lebih keras," katanya.
Andros Townsend dan Patrick van Aanholt meletakkan Palace yang diancam penyingkiran dalam kawalan permainan sebelum kebangkitan United.
Matic gembira dapat menjaringkan gol pertama United pada masa yang tepat untuk barisan Jose Mourinho itu kembali merampas tangga kedua Liga Perdana.
"Saya gembira dapat menjaringkan gol sulung bersama Manchester United," katanya.
"Saya tahu ia bukan tugas saya tetapi saya gembira dapat menyumbang tiga mata."