Jurulatih pasukan bola sepak Orang Pekak Melaka Malaysia (MASDEAF FC), Azman Omar, menyatakan pasukannya telah bersedia 100 peratus untuk menghadapi Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Ke-19 di Sarawak dari 30 September hingga 7 Oktober ini.
"Setakat ini, pemain saya di tahap bersedia 100 peratus untuk mengharungi kejohanan tersebut di Sarawak," katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Bendera SOPMA Ke-19 di Majlis Sukan Negeri Melaka di Krubong.
Azman telah mengadakan tiga perlawanan persahabatan sebelum ini dengan pasukan yang terdiri daripada orang normal dan mereka menang dua daripada tiga perlawanan persahabatan berkenaan.
Jurulatih itu berpendapat walaupun mempunyai masalah pendengaran dan bisu, mereka masih mampu mencorakkan taktikal yang membolehkan mereka memperoleh kemenangan.
Harapan Azman terhadap anak buahnya sangat tinggi untuk skuad Masdeaf FC sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir kejohanan.
Semoga Masdeaf FC dapat membawa emas buat Melaka di SOPMA Ke-19 dan mengharumkan nama Melaka!