Malaysia merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Singapura dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Skuad kendalian Peter Cklamovski mengambil pendekatan menguji kemampuan yang berbeza dalam perlawanan bertemu Singapura kali ini, menurunkan Haziq Nadzli selaku penjaga gol utama, manakala menyaksikan Stuart Wilkin turun bermain dalam posisi pertahanan sayap kanan.
Dan percaturan yang digunakan itu membuahkan hasil apabila Wilkin membuka jaringan buat Malaysia pada minit ke-27.
Secara keseluruhan permainan dalam separuh masa pertama, penguasaan permainan memihak Singapura dengan 55 peratus namun lapan percubaan ke arah pintu gol daripada Malaysia cukup untuk membuktikan tuan rumah lebih berbahaya.
Bersambung dalam separuh masa kedua, corak permainan Malaysia terus dipertingkat dengan asakan demi asakan yang dilancarkan ke arah kubu pertahanan Singapura.
Malaysia berjaya menggandakan kelebihan menerusi João Figueiredo pada minit ke-54, hantaran lintang Quentin Cheng berjaya disambar penyerang negara itu.
Ketika Malaysia selesa mendahului permainan, kemasukan Ilhan Fandi menghidupkan suasana buat Singapura, percubaan daripada luar kotak penalti berjaya menerjah gawang Malaysia sekaligus mengurangkan defisit jaringan.
Singapura menerapkan corak permainan serangan balas dan mula menghadirkan kebimbangan buat Malaysia di akhir-akhir permainan.
Malaysia membawa masuk Faisal Halim dan Safawi Rasid di penghujung permianan namun tiada jaringan tambahan dihasilkan.
Malaysia akan kembali beraksi bertemu Palestin dalam satu lagi aksi persahabatan Tier 1.