Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Masa depan saya samar -- Bakayoko

tiemoue-bakayoko-cropped_ygeg3af77h5d16iniaeu179fi.jpg
Tiemoue Bakayoko bertekad untuk membarisi skuad AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan walaupun mengakui masa depannya tampak samar.

Pemain skuad kebangsaan Perancis itu menyertai Milan secara pinjaman awal musim lalu daripada Chelsea dan kelab Itali itu mempunyai pilihan untuk membeli pemain tengah itu menerusi yuran EUR35 juta (RM161 juta).

Baru-baru ini, Bakayoko mengesahkan perpindahan secara tetap akan bergantung kepada kemampuan pasukannya kembali ke kancah Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak musim 2013-14.

Pemain berusia 24 tahu itu menikmati permainan dalam Serie A selepas bergelut untuk memberi impak di Stamford Bridge dan walaupun akur masa depannya belum pasti, dia tetap fokus untuk membantu The Rossoneri mara ke peringkat tertinggi bola sepak Eropah.

"Apabila saya memikirkan tentang masa depan, ia tidak jelas," katanya.

"Saya tidak boleh membuat fikiran kosong.

"Saya melakukan segalanya untuk mara ke Liga Juara-Juara. Sudah lima tahun sejak kali terakhir peminat Milan mendengar lagu tema Liga Juara-Juara dan saya mahu memastikan ia kedengaran di San Siro.

"Saya melalui musim yang bagus dan gembira dapat ke Milan. Saya sangat gembira di sini walaupun pada awalnya dikritik. Namun, normal apabila mereka mengharapkan sesuatu yang lebih baik. Tiada masalah."

Skuad kendalian Gennaro Gattuso itu kini menduduki tangga ketiga Serie A, lima mata mengatasi pasukan tangga kelima, AS Roma, dan akan bertandang ke Chievo, Sabtu ini.

Advertisement

Must Watch Video