BRIGHTON 2 ARSENAL 1
Arsene Wenger mengelak daripada menjawab soalan mengenai masa depannya selepas Arsenal sekali lagi tewas dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), kali ini kepada Brighton and Hove Albion, semalam.
Jaringan Lewis Dunk dan Glenn Murray di Stadium Amex menyaksikan The Gunners tewas dalam empat perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan.
Selepas tewas 2-1 kepada Ostersunds dalam saingan Liga Europa -- tetapi gagal menggugat kemenangan agregat 4-2 -- skuad kendalian Wenger tewas 3-0 dua kali kepada Manchester City, sekali dalam aksi final Piala EFL dan satu lagi dalam aksi EPL.
Dan Brighton menambah lagi perit buat pengendali kelahiran Perancis itu, yang menyaksikan mereka gagal kembali menemui rentak kemenangan selepas Pierre-Emerick Aubameyang mengurangkan defisit jaringan pada penghujung separuh masa pertama.
Wenger menandatangani kontrak baru sebelum bermula musim ini, yang menyaksikan beliau terus bersama Arsenal hingga 2019 tetapi keputusan terkini pasukan berkemungkinan besar memaksa pengendali itu mengundurkan diri lebih awal.
"Kedudukan saya bersama Arsenal bukan keutamaan saya," kata Wenger.
"Kami mahu mencetak kemenangan, itu tumpuan saya ketika ini.
"Saya akan cuba yang terbaik selagi saya bersama pasukan dan cuba untuk mengembalikan keyakinan pasukan ini."