Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Masa depan Iniesta terletak di tangannya sendiri -- Enrique

luis-enrique-only-iniesta-can-decide-his-barcelona-future.jpg

Pengendali Barcelona, Luis Enrique, berkata hanya Andres Iniesta sendiri yang boleh membuat keputusan mengenai masa depannya bersama kelab itu.

Pemain berusia 32 tahun itu, yang akan tamat kontraknya pada tahun hadapan, menyatakan hasrat untuk menandatangani kontrak baru jika dia berasakan dirinya masih "penting" kepada juara LaLiga itu.

Berdasarkan laporan dari Sepanyol, Iniesta telah menolak dua tawaran daripada kelab Liga Super China (CSL), dengan perjanjian menyaksikan Iniesta meraih sebanyak EURO35 juta (RM167 juta) semusim.

Luis Enrique percaya pemenang Piala Dunia dan Kejohanan Eropah itu akan mempertimbangkan cabaran baru dan mengikut jejak langkah Xavi yang menyertai Al Sadd pada tahun 2015 tetapi segala keputusan terletak di tangannya.

"Saya berasakan kami dapat melihat versi Iniesta yang terbaik buat musim ini tetapi dia mengalami dua kecederaan yang serius," kata Enrique.

"Anda perlu mempercayai setiap kata-kata Iniesta. Ada dua pilihan selepas anda menghampiri penghujung karier -- bersara bersama Barca ataupun menerima cabaran baru dan berhijrah ke kelab lain. Hanya Iniesta yang boleh membuat keputusan."

Advertisement

Must Watch Video