BELGIUM 4 COSTA RICA 1
Roberto Martinez mendedahkan Eden Hazard dikeluarkan dalam kemenangan 4-1 dalam aksi persahabatan di antara Belgium dan Costa Rica awal pagi tadi susulan disepak di kakinya.
Perancang utama Chelsea itu dikeluarkan pada minit ke-70 dalam aksi pemanas badan terakhir sebelum mereka menghadapi Piala Dunia 2018 sehingga meningkatkan keraguan terhadap kecergasannya menjelang temasya di Russia itu.
Bagaimanapun, bercakap selepas kemenangan di Brussels itu, jurulatih kebangsaan, Martinez, menepis sebarang kebimbangan terhadap Hazard sambil menegaskan pemain itu dikeluarkan akibat kecederaan ringan.
"Eden dalam keadaan baik: dia disepak di kakinya, tidak lebih daripada itu," kata pengurus berasal dari Sepanyol itu kepada media.
"Anda tak perlu risau.
"Saya menikmati penampilannya, dia kelihatan segar, pantas dan tajam."
Romelu Lukaku menjaringkan dua gol serta mencipta satu bantuan gol tatkala Belgium melebarkan aksi tanpa kalah mereka kepada 19 perlawanan.
Mereka terpaksa bangkit selepas Costa Rica membuka jaringan dengan rembatan voli kaki kiri daripada Bryan Ruiz.
Dries Mertens kemudian menyamakan kedudukan sebelum Lukaku meledak dua gol dan penyerang Manchester United itu kemudian digantikan dengan Michy Batshuayi yang mencetak gol keempat.