Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Martinez tagih khidmat Nainggolan, Kompany masih dibelenggu kecederaan

nainggolan-earns-return-to-belgium-squad-kompany-left-out.jpg

Roberto Martinez memanggil semula Radja Nainggolan menyertai Belgium untuk pertemuan berdepan Greece dan Russia bulan ini.

Nainggolan terlepas aksi kelayakan Piala Dunia bertemu Bosnia-Herzegovina dan Gibraltar pada Oktober kerana mengalami kecederaan, pemain berusia 28 tahun itu turut disisihkan dalam perlawanan bertemu Belanda dan Estonia, bulan berikutnya.

Selepas kembali beraksi bersama Roma, Nainggolan telah terpilih untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia berdepan Greece pada 25 Mac dan Russia, tiga hari berikutnya.

Tiada ruang buat pertahanan Manchester City, Vincent Kompany, yang turun dalam enam perlawanan musim ini.

"Kami menyedari kepentingan Vincent Kompany buat The Red Devils dan masa depan pasukan ini," kata Martinez.

"Dia mahu beraksi dengan apa cara sekalipun, itu merupakan keinginan dan komitmennya terhadap pasukan ini, tetapi perkara yang lebih penting adalah untuk dirinya kembali pulih sepenuhnya."

Martinez juga membawa dua penjaga gol baru, Koen Casteels dan Matz Sels, untuk menyertai Thibaut Courtois dan Simon Mignolet.

Belgium kini menduduki tangga teratas Kumpulan H untuk layak ke Russia 2018, dengan melakar empat kemenangan dan menjaringkan 21 gol.


Skuad penuh Belgium:

Penjaga gol: Koen Casteels (Wolfsburg), Thibaut Courtois (Chelsea), Simon Mignolet (Liverpool), Matz Sels (Newcastle United)

Pertahanan: Toby Alderweireld (Tottenham), Dedryck Boyata (Celtic), Laurent Ciman (Montreal Impact), Thomas Foket (Gent), Thomas Meunier (Paris Saint-Germain), Jan Vertonghen (Tottenham), Thomas Vermaelen (Roma)

Tengah: Nacer Chadli (West Brom), Kevin De Bruyne (Manchester City), Mousa Dembele (Tottenham), Leander Dendoncker (Anderlecht), Marouane Fellaini (Man Utd), Radja Nainggolan (Roma), Youri Tielemans (Anderlecht), Axel Witsel (Tianjin Quanjian)

Penyerang: Michy Batshuayi (Chelsea), Christian Benteke (Crystal Palace), Yannick Ferreira Carrasco (Atletico Madrid), Eden Hazard (Chelsea), Romelu Lukaku (Everton), Dries Mertens (Napoli), Kevin Mirallas (Everton), Divock Origi (Liverpool).

Advertisement

Must Watch Video