Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Martinez: Icardi penting buat Inter

mauroicardi.jpg
Lautaro Martinez berkata segalanya terpulang kepada rakan sepasukannya, Mauro Icardi, untuk menyelesaikan masalah ketika bekas kapten Inter itu masih lagi tidak berada dalam skuad.

Icardi menyelar layanan Inter terhadapnya menerusi laman sosial selepas tidak lagi bertindak sebagai kapten sejak bulan lalu.

Pemain kelahiran Argentina itu tidak beraksi untuk Inter sejak lilitan kapten diberikan kepada Samir Handanovic.

Icardi terlepas kekalahan 2-1 kepada Cagliari dalam aksi Serie A dan rakan senegaranya, Martinez –- yang menyamakan kedudukan untuk Inter -- memberitahu, "Icardi adalah pemain penting buat kami tetapi kami tidak mampu melakukan apa-apa.

"Segalanya terpulang kepada Icardi untuk menyelesaikan masalah ini. Apa yang kami mampu lakukan adalah tunggu dan cuba untuk meraih kemenangan."

Icardi –- yang memiliki kontrak dengan Inter sehingga 2021 –- telah dikaitkan bakal berhijrah menyertai juara Itali, Juventus, Napoli, Real Madrid, Barcelona dan Manchester United.

Dalam ketiadaan Icardi ketika berdepan Cagliari, ketua jurulatih Inter, Luciano Spalletti, menurunkan pertahanan tengah, Andrea Ranocchia, sebagai penyerang ketika mencari gol penyamaan pada penghujung permainan.

Ditanya keputusan menurunkan Ranocchia berpunca daripada pasukan yang kekurangan pilihan, Spalletti kelihatan menujukan masalah dihadapi kepada Icardi.

"Apa yang boleh saya katakan. Jika ada cara untuk membantu Inter dan menunjukkan betapa anda menyayangi Inter, anda harus lakukannya di atas padang," kata Spalletti.

Advertisement

Must Watch Video