Skip to main content

Bola Sepak

Martinez akan buat perubahan terhadap Belgium

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

robertomartinez-cropped_1hwrvrbz9uk0a1umzkopf5nrue.jpg
Roberto Martinez berkata Belgium mungkin membuat beberapa perubahan kepada skuad apabila mereka menghadapi England dalam perlawanan terakhir Kumpulan G, Piala Dunia di Kaliningrad, Jumaat ini.

Kedua-dua pasukan itu selesa mara ke pusingan kalah mati selepas melakar kemenangan ke atas Tunisia dan Panama tetapi Martinez, 44, mengambil keputusan untuk melakukan perubahan dengan mengambil kira pemilihan pemain bagi peringkat kalah mati nanti.

Kevin De Bruyne dari Manchester City adalah salah seorang daripada tiga pemain yang terlepas pusingan 16 kerana kad kuning sementara Romelu Lukaku, Eden Hazard, Dries Mertens dan Vincent Kompany semuanya ragu-ragu akibat kecederaan kecil.

"Ini mungkin satu pilihan," kata Martinez ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan perubahan untuk perlawanan itu.

"Saya fikir semua orang layak bermain dalam Piala Dunia. Jadi, lebih penting bagi saya untuk memberi peluang itu dan melihat bagaimana mereka boleh bertindak balas di padang dan berapa banyak yang mereka boleh sumbang.

"Tiada siapa yang tempatnya terjamin dalam pasukan ini, itulah cara kami melihatnya. Jadi, ia mungkin satu kemungkinan, ya."

Advertisement

Must Watch Video