Skip to main content

Bola Sepak

Marotta: Balotteli bukan pemain sasaran Juventus

4318mario-balotelli.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif Juventus, Giuseppe Marotta, menegaskan kelab itu tidak berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang Nice, Mario Balotelli.

Balotelli dijangka bakal kembali ke saingan Serie A selepas mempamerkan aksi memberangsangkan dalam Ligue 1, dengan kontraknya bakal berakhir penghujung musim ini.

Pengendali Roma, Eusebio Di Francesco, mencadangkan beliau berminat mendapatkan khidmat Balotelli tetapi Juve pula menjauhkan daripada khabar angin mengenai pemain kelahiran Itali itu.

Ketika Marotta memuji peningkatan Balotelli, beliau menyifatkan bekas penyerang AC Milan dan Inter itu bukan pemain yang diperlukan Juventus.

"Balotelli? Menarik untuk melihat dia beraksi, seorang pemain yang berkualiti, tetapi kami tidak mengikuti perkembangannya," kata Marotta.

"Saya ulangi, dia adalah pemain yang penting, dia bakal menjadi seorang pemain penting buat skuad kebangsaan."

Balotelli telah menjaringkan 39 gol dalam 58 perlawanan bersama Nice.

Advertisement

Must Watch Video