UCL
Marcelo akan beraksi berdepan PSG
Marcelo akan beraksi berdepan Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara (UCL) selepas pulih daripada kecederaan hamstring tetapi Zinedine Zidane tidak pasti sama ada pemain tengah, Toni Kroos dan Luka Modric, dapat diturunkan.
Bek kiri skuad kebangsaan Brazil itu telah kembali berlatih bersama pasukan tetapi Modric (hamstring) dan Kroos (lutut) masih lagi belum pulih daripada kecederaan menjelang aksi timbal balik di Parc des Princes.
Real menerima kunjungan Getafe dalam saingan LaLiga hari ini, dalam usaha untuk kembali ke rentak kemenangan selepas tewas mengejut kepada Espanyol.
Iklan
"Marcelo akan bersama pasukan," kata Zidane.
"Kroos dan Modric, saya tidak pasti. Ia bergantung kepada pemain-pemain itu. Saya mahu mereka berada pada tahap terbaik.
"Buat masa ini, tumpuan kami adalah aksi berdepan Getafe."
Real memiliki kelebihan jaringan 3-1 bagi menghadapi aksi timbal balik dalam misi meraih kejuaraan UCL buat kali ketiga.
Must-Watch Video