Ketua jurulatih Itali, Roberto Mancini, percaya Mario Balotelli masih belum mencapai tahap terbaik ketika pasukan itu sedang membuat persiapan saingan kelayakan Euro 2020 tanpa penyerang Marseille itu.
Mancini mendapatkan semula khidmat Balotelli selepas diketepikan selama empat tahun daripada saingan antarabangsa Mei tahun lalu.
Penyerang berusia 28 tahun itu gagal meledak sebarang jaringan ketika Marseille tewas 3-1 kepada Paris Saint-Germain (PSG), Ahad lalu, tetapi telah mencetak lima gol dalam lapan perlawanan Ligue 1 sejak menyertai skuad bimbingan Rudi Garcia itu daripada Nice.
Bagaimanapun, Balotelli gagal menjaringkan gol dalam 10 aksi pertama bersama Nice pada pembukaan musim ini sementara tidak lagi mencapai persafahaman dengan ketua jurulatih, Patrick Vieira –- bekas rakan sepasukannya ketika beraksi untuk Manchester City dan Inter.
Mancini berasakan terdapat ruang lagi yang dapat diperbaiki oleh Balotelli sebelum dia boleh meletakkan harapan kepada pemain itu.
"Balotelli belum mencapai tahap terbaik untuk bermain bersama skuad kebangsaan," kata Mancini.
"Dia telahpun menampilkan peningkatan tetapi kami mahukan dia berusaha lagi. Balotelli sudah mula meraih pengalaman dan semakin matang, jadi ia akan mengambil sedikit lagi masa," ujarnya.
Penyerang Torino, Andrea Belotti, turut terlepas daripada dipanggil Mancini yang mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat pemain veteran Sampdoria, Fabio Quagliarella, dan pemain muda Juventus, Moise Kean.
"Belotti merupakan salah seorang pemain yang tidak akan menyertai kami. Saya berasakan dia mampu melakukan yang lebih baik dan bermain bersama The Azzurri sekali lagi."
Kean berjaya menarik perhatian ketika meledak dua gol ketika Juventus meraih kemenangan 4-1 ke atas Udinese.
"Kean menampilkan permainan yang berkualiti bersama Juve. Kami meletakkan harapan dia mampu mengikut jejak langkah yang sama seperti Balotelli," katanya lagi.