Skip to main content

Bola Sepak

Manchester United tidak panik tiket UCL terancam -- Erik ten Hag

erik-ten-hag.jpg
Erik Ten Hag mengetepikan ancaman Liverpool sambil menegaskan misi Manchester United menempatkan diri dalam kelompok empat teratas masih di tangan mereka sendiri.

United yang berada di tangga keempat mengalami kekalahan 0-1 ketika menentang Brighton dan West Ham, secara tidak langsung membuka ruang buat Liverpool -- yang memenangi enam perlawanan berturut-turut -- mengancam kedudukan mereka dengan jurang satu mata bagi menjamin Liga slot Juara-Juara (UCL). 

Bagaimanapun, pasukan kendalian Ten Hag itu mempunyai kelebihan satu perlawanan selain perlu mengharungi tiga perlawanan di tempat sendiri apabila berdepan Wolves, Chelsea dan Fulham sebelum kunjungan ke Bournemouth bagi memadam sebarang usaha lewat anak buah Jurgen Klopp.

“Ia bukan mengenai Liverpool, ia mengenai kami sendiri kerana segala nasib kami di dalam tangan sendiri,” katanya. 

 


“Jika kami mengulangi prestasi dan standard kami, kami akan memenangi perlawanan.

"Kami tidak perlu melihat kepada kelab lain, kami cuma perlu melihat kepada diri sendiri dan mencari jalan untuk menang dan mengembalikan tahap sebenar kami.”

Advertisement

Must Watch Video