Erik ten Hag mencabar Manchester United agar mempamerkan persembahan jitu dan mengambil langkah penting dalam kemajuan mereka apabila bakal turun dengan misi menundukkan Liverpool di Anfield, tengah malam Isnin ini.
Pengurus United itu yakin pemainnya tidak akan gentar berbekalkan motivasi memenangi Piala Liga EFL (EFL), secara tidak langsung menamatkan kemarau trofi hampir enam tahun.
Prestasi Liverpool dalam liga juga semakin baik selepas permulaan yang suram pada tahun ini dan tuan rumah turut ingin melunaskan hajat memburu kelompok empat teratas.
Bagaimanapun, United tidak menganggap mereka sebagai pilihan juara musim ini sekalipun hanya tercicir empat mata di Old Trafford sejak kekalahan pembukaan musim kepada Brighton & Hove Albion, tetapi ketika berdepan kelab elit, kemenangan sukar diperoleh.
United kecundang 3-6 di Manchester City pada Oktober selain tumbang 2-3 di Arsenal pada Januari lalu dan diikat 1-1 di Chelsea sebelum The Blues tergelincir dari kedudukan empat teratas.
Kini tiba ujian Liverpool dan Ten Hag berkata: "Ini adalah langkah seterusnya yang perlu kami atasi."
Pengendali itu pernah membawa Ajax ke Anfield pada September 2020 untuk perlawanan UCL secara tertutup tetapi kali ini dia sedar ujian yang bakal anak buahnya harunginya.
"Saya menantikannya, saya tahu suasananya, suasananya akan menjadi hebat. Ia akan bermusuhan dengan kami dan kami menyukainya," katanya lagi.
"Sudah tentu ia merupakan satu ujian. Tetapi kami berdepan Liverpool dan kami sangat teruja.
"Saya tahu pemain saya, skuad saya dan mereka akan bersedia untuk turun berjuang dengan beryakinan.
"Tetapi kami sedar ia akan menjadi sukar.
"Kami tahu kami perlu menderita, kami perlu berkorban untuk mendapatkan keputusan yang bagus."

2+ - @ManUtd have scored 2+ goals in each of their last 12 games in all competitions; only between January and April in 1959 have they ever gone on a longer run of scoring multiple goals in consecutive games (13). Potent. pic.twitter.com/L8QhnOciI9
— OptaJoe (@OptaJoe) March 3, 2023