Erik ten Hag perlu menggunakan penghujung tempoh perpindahan ini untuk memperkemaskan barisan The Red Devils yang kecundang 0-2 di laman Tottenham awal minggu ini, sekali gus mengundang kritikan hebat terhadap keperluan mengukuhkan beberapa posisi, lebih-lebih lagi di bahagian pertahanan kiri berikutan kecederaan dideritai Luke Shaw dan Tyrell Malacia, manakala Brandon Williams dilepaskan secara pinjaman.
Ten Hag sebelum ini menyangkal bahawa United sedang mempertimbangkan sosok penggempur sekalipun menyifatkan kekalahan di Spurs itu tidak boleh diterima.
"Boleh jadi, kerana saya fikir kita sentiasa perlu menjangka situasi (sukar seperti ini)," katanya dalam pra-perlawanan bertemu Nottinghm Forest, malam ini.
"Jika ada peluang yang baik, ya, tetapi ia harusnya merupakan pemain yang tepat kerana jika tidak, kami hanya perlu berurusan dengan skuad semasa."
⏳ This time tomorrow, match mode.#MUFC || #MUNNFO pic.twitter.com/i2O6c3H2wn
— Manchester United (@ManUtd) August 25, 2023
Ten Hag juga mempertahankan prestasi ketua pasukannya, Bruno Fernandes, yang kurang bermaya dengan menjelaskan keperluan mencari pendekatan tepat di antara transisi tengah dan serangan.
"Musim lalu juga dia diberi tugas mengetuai pasukan, dia sudah membuktikan kemampuannya, begitu juga sekarang.
"Dia merupakan inspirasi pasukan, menjadi contoh buat pasukan dan mempunyai personaliti tersendiri.
"Dia seorang kapten yang cukup bagus," katanya lagi.