EPL
Manchester United kempunan khidmat Mainoo beberapa minggu
Manchester United mengalami satu lagi tamparan hebat berikutan kecederaan otot yang melanda pemain tengah, Kobbie Mainoo, hingga perlu diketepikan selama beberapa minggu.
Mainoo di samping pertahanan tengah, Harry Maguire, dikeluarkan ketika United buntu tanpa jaringan dengan Aston Villa sebelum rehat antarabangsa.
Pemain remaja itu kemudian menyertai Morgan Gibbs-White dan Ezri Konsa yang menarik diri daripada skuad England untuk menghadapi perlawanan Liga Negara-Negara (UNL) UEFA menentang Greece dan Finland.
Iklan
Menjelang kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) yang kembali bersambung untuk menentang Brentford, malam esok, United mendedahkan kepincangan persiapan skuad itu apabila mengesahkan Mainoo telah menyertai Maguire di luar padang.
Training update ℹ️Erik received several boosts at Carrington on Thursday.#MUFC— Manchester United (@ManUtd) October 17, 2024
Tatkala Manuel Ugarte sudah mengambil bahagian dalam sesi pemulihan sejak kembali daripada tugasan antarabangsa bersama Uruguay, kelab itu menyatakan bahawa Mason Mount, Tyrell Malacia dan Luke Shaw yang bergelut dengan kecederaan jangka masa panjang telah menunjukkan perkembangan positif.
Noussair Mazraoui, Alejandro Garnacho dan Amad Diallo kesemuanya terlepas perlawanan untuk pasukan kebangsaan masing-masing, namun ketiga-tiganya telah kembali menjalani persiapan.
Mainoo telah terlibat dalam ketujuh-tujuh perlawanan liga musim ini dengan The Red Devils sekadar memperoleh lapan mata -- paling rendah di peringkat ini sepanjang saingan itu diperkenalkan,
Must-Watch Video