Skip to main content

Bola Sepak

Manchester United elak ambil risiko turunkan Rasmus Hojlund

erik-ten-hag.jpg
Erik ten Hag mengakui Rasmus Hojlund masih belum sedia dipertaruhkan berikutan penyerang berusia 20 tahun yang dibeli daripada Atalanta itu masih dibelenggu masalah belakang.

Manchester United berdepan ketumpulan di barisan serangan yang menyaksikan hanya satu gol dilakar selepas dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun, Ten Hag menyifatkan Hojlund sebagai belum bersedia tanpa jangka masa terperinci apabila bertemu Nottingham Forest malam ini.  

"Bukan untuk esok tetapi dalam masa terdekat," kata pengurus itu. 

“Hari ini kali pertama dia menyertai latihan pasukan.


 

"Jadi, minggu depan kami menjangkakan dia akan menjalani latihan selama seminggu penuh dengan semua pasukan, jadi dia sangat hampir untuk menyertai skuad."

Sementara itu, The Red Devils yakin mampu menampung kecederaan Luke Shaw walaupun turut tersisih beberapa minggu. 

Diogo Dalot boleh mengisi posisi pertahanan kiri selain Alvaro Fernande, 20, yang menghabiskan musim lalu di Preston.

"Sudah pasti kami mempunyai penyelesaiannya," katanya. 

“Kami sudah menjangkakan senario ini.

"kami berharap dapat mengelakkannya tetapi jika ia tetap berlaku maka kami perlu bersedia untuk menanganinya." 


 

Advertisement

Must Watch Video