MANCHESTER UNITED 1 SEVILLA 2
Wissam Ben Yedder masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan dua gol penting bagi membawa Sevilla mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan 2-1 di Manchester United, awal pagi tadi.
Dalam aksi mendebarkan di Old Trafford itu, United gagal mengembangkan corak permainan dan Sevilla, yang buntu untuk menewaskan David de Gea selepas menguasai perlawanan di laman sendiri, berhak meneruskan kemaraan.
Selepas Ben Yedder masuk ketika permainan berbaki 20 minit, perlawanan nyata seimbang dengan kedua-dua skuad menyedari gol pertama akan menjadi pemisah. Dan ia terbukti apabila pemain simpanan itu membuat impak segera dengan menyudahkan hantaran Ever Banega menerusi percubaan rendah.
Dengan United bergegas untuk mencari gol penyamaan, Ben Yedder tidak lama kemudian menambah gol kelapannya dalam Liga Juara-Juara musim ini, yang menyaksikan De Gea tidak mampu menepis tandukan penyerang itu.
Jurulatih, Jose Mourinho, menggunakan pemain berharganya dengan membawa masuk Paul Pogba yang cukup cergas dari bangku simpanan, dan United tersungkur dikejutkan dengan kekalahan di laman sendiri walaupun Romelu Lukaku muncul menjaringkan gol pada minit ke-84.
De Gea menafikan hatrik Ben Yedder dalam masa tambahan tetapi ia tidak penting apabila pengurus Sevilla, Vincenzo Montella, tetap boleh meraikan kemenangan popular untuk pasukannya.