Pep Guardiola mengisytiharkan Erling Haaland sebagai salah seorang penyerang terbaik di dunia meskipun dia menolak spekulasi perpindahan mengaitkan Manchester City dengan bintang Borussia Dortmund itu selepas kedua-dua pasukan terbabit diundi dalam suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).
Haaland bakal menjadi ancaman utama tatkala Guardiola berusaha untuk mengelak daripada terkandas di peringkat serupa buat musim keempat berturut-turut selain pertemuan semula dengan bekas pemain remaja The Cityzens merangkap pemain sayap England, Jadon Sancho.
Tatkala kontrak Sergio Aguero akan tamat hujung musim ini sambil pencetak gol terbanyak City itu hanya berkesempatan beraksi selama beberapa minit, khabar angin mula mengaitkan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut dengan Haaland -- yang ayahnya, Alf-Inge, merupakan bekas ketua pasukan City pada awal millenium -- semakin bertiup kencang.
Bercakap selepas undian UCL malam tadi yang mengesahkan pemenang di antara City dan Dortmund akan menghadapi sama ada Bayern Munich atau Paris Saint-Germain (PSG) dalam separuh akhir, Guardiola mengakui jadual padat musim ini juga tidak memberinya banyak masa untuk mengkaji aksi BVB.
Namun, dia sangat memahami pemain utama mereka itu.
"Angka itu sudah membuktikan kemampuannya. Dia adalah salah seorang penyerang terbaik di dunia untuk pemain sebayanya ketika ini," katanya dalam sidang akhbar sebelum bertandang ke Everton untuk aksi suku akhir Piala FA, awal pagi esok.
"Saya hanya sempat menonton beberapa perlawanan sahaja, secara jujurnya saya tidak mempunyai banyak masa. Tetapi saya ada melihat sorotannya dan jumlah jaringannya dalam UCL dan Bundesliga amat mengagumkan.
"Di Dortmund, saya kenal Mats Hummels, Raphael Guerreiro, Emre Can dengan cukup baik termasuk Axel Witsel selain kualiti pemain mereka seperti Jadon Sancho dan Giovanni Reyna.
"Terdapat ramai pemain muda yang berkualiti. Kebelakangan ini mereka banyak melabur ke atas pemain muda, menawarkan gaji yang baik termasuk yuran ejen dan mereka mempunyai ramai kualiti di sana.
"Mereka berjaya mengatasi rintangan Sevilla -- yang membariskan pasukan terkuat yang pernah ada-- dalam pusingan kalah mati. Mereka meraih tiga gelaran Liga Europa berturut-turut dan sekali lagi memenangi musim lalu. Selalunya mereka begitu ampuh tetapi Dortmund masih mampu menundukkan mereka."
Hanya bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski, (39) yang meggegar lebih banyak gawang dalam lima kancah liga teratas Eropah sementara Haaland sebanyak 31 sepanjang musim 2020-21.
Antara pemain yang telah meledak 15 gol atau lebih, pemain antarabangsa Norway itu mempunyai kadar percubaan terbaik iaitu (32.3 peratus) dan rata-rata golnya hadir pada setiap 82.3 minit.
"Dia merupakan pemain Borussia Dortmund. Saya juga tidak suka apabila orang bercakap tentang tonggak kami," jawabnya ketika ditanya adakah dia mahu Haaland di City musim depan.
Guardiola terlebih dahulu perlu berdepan dengan salah seorang pengurus yang paling dihormati di benua itu iaitu bos Everton, Carlo Ancelotti.
"Saya tidak pasti sudah berapa tahun dia menjadi pengurus tetapi dia pernah mengemudi beberapa kelab terbaik di Eropah -- Madrid, PSG, Chelsea, Milan, Juventus, Napoli dan sekarang Everton," katanya.
"Dia telah berada di luar negera dan di mana sahaja, di semua tempat dia akan berjaya."

35 - @ErlingHaaland played 35 Bundesliga matches for Borussia Dortmund, his father Alf Inge Haaland played 35 Premier League matches for Manchester City. Erling scored 32 goals, Alf Inge 3. Comparison. @BlackYellow @ChampionsLeague pic.twitter.com/ath1D0Gx3L
— OptaFranz (@OptaFranz) March 19, 2021