LIGA INGGERIS
Manchester City hasilkan gol menarik ke suku akhir Piala FA
PETERBOROUGH 0 MAN CITY 2
Pep Guardiola mengalu-alukan sokongan terhadap Oleksandr Zinchenko tatkala pertahanan Ukraine itu mengetuai Manchester City dalam kemenangan Piala FA di Peterborough United.
Dengan negaranya sedang diceroboh tentera Russia, Zinchenko telah dipilih sebagai ketua pasukan dalam pertembungan awal pagi tadi.
Iklan
Ia bertujuan untuk menunjukkan solidariti kepada pemain berusia 25 tahun itu sambil menunggu perkembangan lanjut -- disifatkan Guardiola sebagai 'mimpi ngeri ini' -- di tanah air anak buahnya tersebut.
“Ia bukan tempoh yang mudah buat Oleks,” kata Guardiola dalam sidang akhbar.
"Dia memikirkan tentang keluarganya, negaranya, tetapi bermain bola sepak adalah yang terbaik untuknya pada masa ini."
Dalam temu bual BBC yang berasingan, Guardiola berkata lagi mengenai bek kiri itu: "Malangnya rakyatnya di Ukraine hidup dalam keadaan yang mengerikan dan ini gila. Semua orang di Peterborough ini dan bukan setakat peminat kami telah memberikan sokongan kepadanya.
"Semoga mimpi ngeri ini dapat diselesaikan secepat mungkin."
Gol daripada Riyad Mahrez dan Jack Grealish dalam separuh masa kedua membawa City mara ke suku akhir.
Kedua-duanya gerakan itu hasil ilham Phil Foden yang licik bergandingan bersama Grealish untuk kemenangan menarik City itu.
Grealish kemudian mendedahkan gol itu terhasil selepas menonton aksi klip bekas anak didik Guardiola di Barcelona, Lionel Messi.
"Hantaran daripada Phil adalah sangat baik. Ia agak serupa dengan hantaran daripada Phil kepada Joao Cancelo dalam Liga Juara-Juara di Brugge, dan ia satu kawalan bola yang sangat baik daripada Jack," kata Guardiola.
Pengurus itu City menambah: "Ia adalah gol yang cantik. Berkualiti daripada Riyad dan gol kedua juga begitu. Ia bagus.
"Kami mencipta peluang. Kesemuanya cemerlang. Riyad sentiasa mempunyai kualiti ini di kawasan terakhir pertahanan lawan. Riyad adalah pemain terbaik yang kami ada di posisi itu.
"Dia menjaringkan gol menarik. Saya sangat bangga dengannya."
Must-Watch Video