Pemain tengah Manchester City, Maximo Perrone, menyertai kelab Sepanyol, Las Palmas secara pinjaman sepanjang musim ini, demikian umum juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Pemain Argentina berusia 20 tahun itu menyertai City daripada Velez Sarsfield pada Januari lalu dan sempat membuat dua penampilan gantian buat skuad kendalian Pep Guardiola berkenaan.
Perrone juga pernah diletakkan di bangku simpanan sebanyak dua kali pada musim ini tetapi akan meneruskan kariernya pula bersama kelab LaLiga yang berpangkalan di Gran Canaria itu.
City dalam satu kenyataan berbunyi: “Maximo Perrone menyertai kelab LaLiga Sepanyol, UD Las Palmas, secara pinjaman untuk musim 2023/24.”
Sementara itu, City berharap dapat melengkapkan pembelian pemain sayap Belgium, Jeremy Doku, daripada Rennes.
Pemain berusia 21 tahun itu sepatutnya melengkapkan perpindahannya selepas mereka bersetuju dengan bayaran £55.5 juta (RM327.7j) awal minggu ini.
Doku akan menjadi pembelian ketiga City dalam jendela perpindahan musim panas ini selepas ketibaan Mateo Kovacic dan Josko Gvardiol.

Maximo Perrone has joined Spanish La Liga side UD Las Palmas on loan for the 2023/24 season.
— Manchester City (@ManCity) August 23, 2023
More here ?