LEICESTER 0 MAN UTD 1
Erik ten Hag gembira dengan kemajuan yang dicapai Manchester United tetapi masih menuntut mereka perlu lebih berbisa selepas hanya menewaskan Leicester City 1-0.
United mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan tipis mereka di Stadium King Power, awal pagi tadi, untuk satu rentetan yang tidak pernah mereka capai sejak Disember.
Jadon Sancho menghasilkan gol tunggal perlawanan dalam separuh masa pertama yang dikuasai United secara umum, tetapi mereka buntu untuk meningkatkan kelebihan mereka dan ia memberikan galakan kepada Leicester.
Begitupun, The Foxes bergelut untuk mengambil kesempatan selepas memperkemaskan permainan dalam babak kedua dan pertahanan United sekali lagi kental dengan usaha kolektif yang mantap apabila mengekang peluang tuan rumah.
United hampir memadamkan sisa api perjuangan Leicester di penghujung permainan menerusi Cristiano Ronaldo dan selain penyudah kurang berkesan, ada aspek lain yang Ten Hag masih belum berpuas hati.
"Ia adalah satu lagi langkah ke hadapan, jadi kami gembira mengenainya," katanya kepada BT Sport.
"Sekali lagi, semangat berpasukan yang baik telah ditonjolkan. Kami memiliki 11 pemain di atas padang yang saling berjuang. Padat, tekanan yang bagus dan menjaringkan gol dengan gerakan berpasukan yang cantik.
"Masih ada ruang untuk penambahbaikan tetapi itu adalah perkara biasa di bahagian musim ini."
Dia menambah: "Kami boleh menjadi berbahaya dalam detik peralihan (serangan balas), kami sedar mengenainya terutama separuh masa kedua.
"Begitu juga dalam masa pertama, terdapat banyak ruang yang kami tidak gunakan dengan baik. Dengan gerakan yang lebih baik kami sepatutnya menjaringkan gol kedua.
"Kami perlu menjadi lebih (kejam) tetapi seperti yang saya katakan, ada ruang untuk penambahbaikan dan kami akan berusaha untuk itu."

Three points in the bag ?#MUFC || #LEIMUN
— Manchester United (@ManUtd) September 1, 2022