EPL
Man Utd: Bruno Fernandes sedar perebutan kedudukan keempat kian samar
Ketua pasukan Manchester United, Bruno Fernandes, mengakui adalah sukar untuk memastikan kedudukan empat teratas musim ini berikutan kekalahan 1-3 kepada Manchester City, awal pagi tadi.
Keputusan itu meninggalkan United 11 mata di belakang Aston Villa di tempat keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menewaskan Luton Town 3-2, kelmarin.
Dan sambil Fernandes berikrar The Red Devils akan berusaha sehingga akhir musim ini untuk merebut tempat keempat, dia sedar ia adalah satu cabaran yang sukar.
Iklan
"Kami perlu melihat ke hadapan," kata Fernandes kepada media kelab itu.
"Nasib kami tidak hanya bergantung kepada diri sendiri untuk meraih kedudukan yang diidamkan.
— Manchester United (@ManUtd) March 3, 2024
"Kami tidak berselindung, kami mahu berada dalam Liga Juara-Juara (UCL) dan kami mahu mencuba hingga akhir musim ini untuk merebut tempat keempat yang menawarkan tempat ke Liga Juara-Juara.
"Kami tahu ia akan menjadi sukar tetapi kami perlu melakukan mencurahkan segala kudrat dalam perlawanan seterusnya di laman sendiri.
"Kami sedar bahawa peminat kami akan berada di sana berulang kali. Mereka sentiasa berada di belakang kami, mereka memberi kami dorongan. Kami perlu turun dan memenangi perlawanan seterusnya."
Must-Watch Video