Skip to main content

Bola Sepak

Man City peroleh kelebihan tipis ke atas Real Madrid

gabriel-jesus-phil-foden_rknahkfchrsb1hoereir8k9pf.jpg
Manchester City memperoleh kelebihan pada separuh akhir Liga Juara-Juara selepas mengetepikan Real Madrid 4-3 dalam perlawanan pertama yang mendebarkan di Stadium Etihad.

Skuad bimbingan Pep Guardiola membuat permulaan yang menakjubkan, menjaringkan dua gol pada 11 minit pembukaan menerusi Kevin De Bruyne dan Gabriel Jesus.

Juara LaLiga baru-baru ini itu membalas dengan Karim Benzema dan Vinicius Junior di samping City memperoleh gol ketiga menerusi Phil Foden.

Tuan rumah terus cemerlang dengan Bernardo Silva, tetapi penalti di penghujung permainan yang disempurnakan Benzema memastikan mereka hanya dibezakan dengan satu jaringan menjelang perlawanan kedua di Santiago Bernabeu Rabu depan.
   

Advertisement

Must Watch Video