Pep Guardiola tidak kesal dengan Manchester City walaupun mereka gagal mengembalikan kelebihan enam mata di kemuncak Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
Penyandang juara liga itu menuju ke Crystal Palace sambil mengetahui kemenangan akan menyaksikan mereka melebarkan semula kelebihan ke atas Liverpool yang menewaskan Brighton & Hove Albion 2-0 semalam.
Bagaimanapun, pasukan bimbingannya itu terpaksa berpuas hati dengan hanya satu mata di Selhurst Park apabila dua kali dinafikan tiang gol menerusi percubaan Joao Cancelo dan Kevin De Bruyne dalam setiap babak.
Ia meninggalkan The Reds -- yang akan menghadapi Arsenal pada Khamis ini -- ketinggalan empat mata di belakang menjelang pertembungan getir kedua-dua pasukan di Stadium Etihad, 10 April depan.
Tetapi bagi Guardiola, yang merehatkan Gabriel Jesus atau Raheem Sterling di bangku simpanan, enggan mengkritik pasukannya selepas mereka sekali lagi gagal menembusi pertahanan skuad kendalian Patrick Vieira itu selepas Palace melakar kemenangan 2-0 dalam pusingan pertama musim ini.
“Saya rasa Palace beraksi dengan baik,” katanya kepada Sky Sports selepas perlawanan.
"Masih banyak perlawanan untuk diharungi, kami perlu memenangi banyak perlawanan tetapi dengan corak permainan yang diperagakan, tiada sebarang kekesalan terhadap diri sendiri. Sudah tentu kami lebih suka untuk menang tetapi kami beraksi dengan baik.
"Kami bermain untuk menang; kami mencipta peluang. Pendekatan permainan kami adalah menakjubkan di sebuah stadium yang sukar, apatah lagi rumput tidak sempurna."