Ketika serangan media sosial dan media masa berkisar tentang kenaikan gaji Arif Aiman Hanapi dan membandingkan pemain-pemain tempatan lain yang tidak setimpal dengan prestasinya, ia tidak menggangu persiapan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk berhadapan PDRM dalam saingan Liga Super esok.

Ini merupakan pertemuan kedua bagi kedua-dua pasukan dalam masa seminggu setelah Sang Saka Biru tewas dalam saingan Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim.

Ini sudah tentu akan menjadi perlawanan perhatian kerana sejauh mana kemampuan pertahanan PDRM untuk menyekat kemampuan penyerang-penyerang Harimau Selatan itu sekali lagi.

Ini akan mencabar kreadibiliti penyerang Harimau Selatan apabila mereka tidak berjaya menambah jaringan dalam separuh masa kedua ketika pertemuan Piala FA sebelum ini.

Sudah tentu juga pengendali PDRM, Azzmi Aziz, akan menyusun strategi dan formasi yang sesuai supaya orang besi mereka, iaitu James Okwuosa, dapat memainkan peranan di benteng pertahanan untuk menghalang Bergson Da Silva.

Jika Okwuosa dapat berkomunikasi dengan baik dengan rakan-rakan yang lain, pasti akan memberi impak yang positif supaya rakan-rakannya tidak melakukan kesilapan-kesilapan yang mudah sebagaimana dalam pertemuan lalu.

Bagi pemain-pemain penyerang utama Harimau Selatan pula seperti Bergson, Arif Aiman dan Fernando Forestieri, pasti ingin membuktikan kepada jurulatih mereka yang kali ini mereka akan mencari seberapa banyak jaringan yang boleh mereka lakukan setelah Esteban Scolari tidak berpuas hati dengan aksi separuh masa kedua Piala FA itu.

Ini juga sebenarnya akan menguji sejauh mana kreativiti pemain-pemain midfield dan mentaliti mereka untuk mencari jalan untuk menghantar lorongan-lorongan bola kepada pemain-pemain penyerang.
Selain itu faktor permukaan padang di Stadium MBPJ juga akan menjadi penentu bagaimana corak permainan yang akan dimainkan Harimau Selatan.

Ini satu lagi perjalanan yang agak sukar juga bagi JDT kerana jika mereka tidak dapat bermain seperti mengikut falsafah bola sepak yang diwujudkan dengan hantaran-hantaran pendek, ia pasti memberi kelebihan kepada Sang Saka Biru, di mana semua tahu Stadium MBPJ bukan sahaja menjadi medan untuk Sang Saka Biru tetapi ada beberapa pasukan lagi.

Namun, itu bukan alasan yang boleh diberikan oleh JDT nanti sebalik dengan reputasi pemain-pemain yang berpengalamam pasti mereka boleh mengatasi masalah itu.

Kekuatan yang ada pada juara bertahan sembilan kali berturut-turut Liga Super itu tidak mustahil untuk terus mencipta kemenangan dan terus menggekalkan kedudukkan carta liga yang telah mereka mendominasi selama ini.