Skip to main content

Bola Sepak

Malaysia perlu tebus hampa -- Maloney

brad-maloney.jpg
Ketua jurulatih skuad B-19 negara, Brad Maloney, memberi bayangan bahawa perlawanan menentang Singapura dalam Kejohanan AFF B-18 di Bandaraya Ho Chi Minh, petang ini akan mencetus aksi sengit selepas lawan itu mengikat pasukan pilihan, Thailand, 1-1 dalam perlawanan pertama.

Selepas dihampakan dengan jaringan saat-saat akhir Vietnam kelmarin -- skuad negara tewas 0-1 dalam perlawanan pembukaan itu -- pengendali berkenaan tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Justeru, dia memberi jaminan skuad negara akan menampilkan aksi lebih berkesan untuk menumbangkan Singapura.

"Saya menjangkakan saingan yang sama.

"Saingan yang amat fizikal, teknikal dan berbakat.

"Mereka mempunyai kombinasi pemain yang cemerlang.

"Jadi, saya menjangkakan saingan yang sama," katanya.

Kehampaan dalam aksi pertama itu sewajarnya menjadi pengajaran buat skuad muda negara.

Bagi memastikan peluang Malaysia ke separuh akhir, pungutan tiga mata daripada perlawanan petang ini perlu dijadikan keutamaan.

"Harap-harap pasukan kami akan beraksi lebih baik kali ini.

"Mereka memerlukan sedikit masa untuk mencari rentak.

"Selepas itu kami akan beraksi dengan amat baik.

"Berdasarkan apa yang saya saksikan, Singapura juga pasukan yang amat baik," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video