Skip to main content

Bola Sepak

Malaysia medan persiapan Singapura bertemu India

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ikhsan.jpg
Pemangku ketua jurulatih Singapura, Gavin Lee percaya peluang berdepan Malaysia adalah medan terbaik baginya dalam menilai tahap kemampuan sebenar 'The Lions' menjelang aksi peringkat Kumpulan C Kelayakan Piala Asia 2027 menentang India Oktober ini.

“Ada dua perkara (untuk aksi ini) iaitu persembahan pasukan dan keputusan perlawanan. Hakikatnya keputusan ini adalah perkara yang tidak boleh dijangka serta banyak benda boleh mempengaruhinya.”

”Tapi apa yang kami boleh kawal ada persembahan pasukan dan ini adalah perkara yang kami fokuskan 100%,” ujar Gavin Lee ketika sesi sidang media.

”Semakin banyak perkara positif kami bawakan ketika di atas padang, semakin dekat kami dengan keputusan yang baik.”

“Kami tahu perlawanan malam esok (Khamis) akan jadi aksi yang sukar, akan berlaku momen yang tidak menyenangkan tetapi bagaimana respon kami terhadap insiden ini akan jadi perkara yang kami perlu bagi aksi Kelayakan Piala Asia nanti.”
 

Advertisement

Must Watch Video