Ketua jurulatih, Peter Cklamovski, memuji persembahan Harimau Malaya yang melakar kemenangan 2-1 ke atas Singapura dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 semalam.
Malaysia merekodkan kemenangan ke atas Singapura, memperoleh kemenangan ke atas lawan yang menyingkirkan mereka dalam saingan Piala ASEAN tahun lalu.
Gol daripada Stuart Wilkin dan Joao João Figueiredo cukup untuk memastikan kemenangan sementara pemain gantian Singapura, Ilhan Fandi memperoleh gol saguhati buat pelawat.
Secara keseluruhan, Malaysia merekodkan 16 percubaan ke arah pintu gol dan 7 daripadanya menemui sasaran namun dua sahaja yang berjaya menerjah masuk ke gawang.
Berdasarkan kemenangan yang diraih, Cklamovski, memuji persembahan dipamerkan pasukan dan percaya lebih banyak gol mampu dihasilkan pasukan negara.
Katanya, "Banyak yang kami pelajari dalam perlawanan namun anda dapat melihat perkara positif daripada perlawanan -- Malaysia mampu menghasilkan lebih banyak jaringan. Saya mengambil kemenangan ini dan akan menggunakannya sebagai momentum untuk bertemu lawan seterusnya.
"Saya memuji mentaliti barisan pemain yang cukup menghadirkan inspirasi dan mampu mengorak pasukan ini ke hadapan."