Bagi bekas penyerang Perak, V. Saravanan, percaya kepada magis Lim Teong Kim untuk mengubah nasib The Bos Gaurus menerusi budaya dan mentaliti bola sepak Eropah.
Pengalaman 12 tahun Teong Kim di Akademi Bayern Munich juga jadi kekuatan utama terhadap pembaharuan yang akan dilakukan terhadap pasukan berkenaan.
Teong Kim yang juga bekas pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) diumumkan secara rasmi sebagai jurulatih baru Perak FC pada Selasa.
Dia menyertai pasukan itu menerusi kontrak dua tahun dengan tambahan setahun lagi.
"Saya mengetahuinya kerana Teong Kim akan mengubah struktur permainan Perak FC. Dia juga akan membawa masuk mentaliti kemenangan sekaligus meningkatkan mutu permainan pasukan," katanya.
"Dalam masa terdekat, dia perlu mendapatkan pemain yang berkaliber bagi menghadirkan keputusan yang segera. Impak dalam masa terdekat perlu hadir bagi penyokong Perak."