LIGA WANITA
LWN: MUFT mahu jadikan SSM Pahang sebagai mangsa
Selepas kekalahan kepada juara bertahan, Sabah, dalam perlawanan pertama Liga Wanita Nasional, pembantu jurulatih Malaysian University (MUFT), Amir Sharifudin, mengakui anak-anak buahnya masih mencari keserasian antara satu sama lain.
Menjelang aksi bertemu SSM Pahang pada Ahad, Amir Sharifudin yakin pemainnya akan mengikuti taktikal yang bersesuaian bagi menewaskan lawannya itu.
"Untuk makluman, kami masih mencari kesesuaian dan lebih fokus kepada kerjasama antara pasukan dan memperbaiki kesilapan daripada segi taktikal," katanya.
Iklan
Sementara itu, pertahanan MUFT, Putri Arissa Balqis, tidak rela pasukannya dilukai lagi pada aksi kedua bertemu SSMP.
Dia mengakui peluang bermain bersama skuad kebangsaan turut menjadi elemen utama menampilkan permainan lebih matang bagi menundukkan pasukan pelawat.
"Pihak jurulatih banyak membantu saya untuk meningkatkan tahap kualiti individu untuk membantu memberi impak kepada pasukan," katanya.
Must-Watch Video