PIALA DUNIA
Lukaku tidak akan berdepan England
Romelu Lukaku tidak akan beraksi dalam perlawanan terakhir Kumpulan G berdepan England di Kaliningrad, awal pagi esok.
Penyerang Manchester United itu berada dalam prestasi terbaik setakat ini di Russia, dengan menjaringkan dua gol dalam kedua-dua kemenangan ke atas Panama dan Tunisia.
Tetapi Lukaku mengalami kecederaan ligamen buku lali kirinya selepas kemenangan 5-2 itu dan ketua jurulatih, Roberto Martinez, hanya melaporkan berita baik tetapi akan merehatkannya kerana sudah melepasi peringkat kumpulan.
Iklan
"Perkembangan yang baik mengenai kecederaan yang dialami oleh Lukaku selepas imbasan dilakukan. Dia tidak lagi mengalami kecederaan tetapi masih lagi tidak dapat diturunkan," kata Martinez.
"Kami akan membuat penilaian akhir sebelum menurunkannya dalam perlawanan ini.
"Dia masih lagi berada dalam proses pemulihan daripada kecederaan yang dialami ketika berdepan Tunisia," ujarnya.
Martinez telahpun memberikan bayangan mengenai rombakan pasukan untuk aksi berdepan England, dengan kemenangan bukan keutamaan buat Martinez.
Lukaku kini sebaris dengan Cristiano Ronaldo dalam persaingan merebut Kasut Emas Piala Dunia, ketinggalan satu jaringan di belakang Harry Kane yang memiliki lima gol.
Must-Watch Video



