Manchester United dijangka akan aktif dalam pasaran perpindahan pada musim panas ini selepas penyerang, Romelu Lukaku, mendedahkan bahawa ramai pemain bagus yang akan tiba di Old Trafford bagi musim 2018/19.
United dilihat mengeluarkan dana yang besar pada musim ini untuk mendapatkan Nemanja Matic, Romelu Lukaku dan Victor Lindelof pada Julai 2017, sebelum membawa masuk Alexis Sanchez dari Arsenal ketika jendela perpindahan Januari.
Skuad bimbingan Jose Mourinho itu kini menduduki tangga kedua liga dan 16 mata di belakang Manchester City manakala bagi aksi Eropah, mereka tersingkir dalam pusingan kedua.
Situasi itu membuatkan Lukaku, yang menjaringkan gol pertama ketika membenam cabaran Brighton and Hove Albion 2-0 awal pagi tadi, mendedahkan bahawa mereka akan memanfaatkan jendela perpindahan akan datang.
“Kami adalah Manchester United dan perlu meningkat setiap tahun. Saya tahu ramai pemain yang bagus akan datang ke Old Trafford pada musim depan. Itu sudah pasti,” katanya.
“Ia sesuatu yang saya inginkan dan dalam usaha untuk meningkatkan pasukan, kami perlu menang pada tahun depan. Kami harus cuba memenangi setiap trofi selagi boleh.”
Dalam masa sama, Lukaku turut melaungkan keyakinan bahawa Sanchez akan menyinar bersama United walaupun dia hanya mencatat satu jaringan selepas 10 penampilan.
“Selagi dia menunjukkan usaha yang keras, saya rasa dia akan menjadi lebih baik. Dia merupakan seorang pemain berkualiti yang mempunyai banyak keistimewaan.
“Lihat sahaja kepada saya. Saya bermula dengan baik dan mengalami masalah prestasi pada November dan Disember. Akhirnya, anda akan dapat melepasinya,” ujarnya lagi.