Joachim Low memberikan bayangan akan menurunkan Manuel Neuer selaku penjaga gol utama ketika Jerman memulakan saingan kelayakan Euro 2020.
Neuer turun ketika berdepan Serbia ketika seri 1-1 sebagai mencadangkan penjaga gol Bayern Munich itu masih lagi berada di hadapan berbanding pencabarnya untuk bertindak selaku penjaga gol utama Jerman.
Penjaga gol Barcelona, Marc-Andre Ter Stegen, menggantikan Neuer dalam separuh masa kedua dan Jerman perlu mempertingkatkan mutu permainan bagi memastikan mengelak daripada tewas di laman sendiri.
Kempen kelayakan Jerman akan bermula dengan berdepan Belanda, Ahad ini, dan Neuer dijangkan turun dalam kesebelasan utama Low.
"Anda boleh membuat jangkaan," kata Low.
"Saya telah memberikan peluang kepada Ter Stegen dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
"Dalam perlawanan ini, kedua-dua penjaga gol telah turun beraksi.
"Tetapi kami memiliki jadual perlawanan antarabangsa yang padat tahun ini dan mereka akan diberikan peluang membarisi kesebelasan utama."