Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Low belum pasti turunkan Neuer atau Ter Stegen

marc-andre-ter-stegen-and-manuel-neuer_.jpg
Ketua jurulatih Jerman, Joachim Low, tidak mendedahkan sama ada mahu menurunkan kapten pasukan, Manuel Neuer, atau Marc-Andre ter Stegen untuk aksi persahabatan berdepan Serbia.

Neuer, yang turun beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan Piala Dunia 2018 dan kekal sebagai pilihan utama untuk aksi Liga Negara-Negara, menyaksikan Die Mannschaft tersingkir dalam memastikan kekal dalam kelompok utama, sekali gus menyempurnakan tahun yang mengecewakan.

Low mengakui dia sudah bersedia untuk mengetepikan bintang-bintang yang membantu pasukan memenangi Piala Dunia lima tahun lalu, dengan trio Bayern Munich, Mats Hummels, Jerome Boateng dan Thomas Muller tidak lagi menjadi keutamaannya.

Neuer, bagaimanapun, masih lagi sebahagian perancangan Low walaupun penjaga gol itu masih lagi segar dengan kritikan terhadap persembahannya ketika Bayern disingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) di tangan Liverpool.

Bekas kapten Jerman, Lothar Matthaus, mencadangkan Ter Stegen, yang memiliki pencapaian bersama Barcelona sejak dua tahun lalu, harus diberikan peluang untuk berada dalam kesebelasan utama.

Low menegaskan bahawa Neuer masih lagi kekal sebagai pilihan utama, namun dia turut mahu memberikan peluang kepada Ter Stegen sementara enggan mendedahkan siapa yang bakal turun berdepan Serbia, awal pagi esok.

"Kami belum memutuskan siapa yang bakal diturunkan," kata Low.

"Kami akan menunggu sehingga sesi latihan terakhir. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami memiliki perlawanan yang penting dan dua aksi persahabatan berdepan Serbia dan Argentina.

"Jadi Ter Stegen akan diberikan peluang."

Jerman akan memulakan kempen kelayakan Euro 2020 berdepan Belanda, Ahad ini.

Low beranggapan mengetepikan Hummels, Boateng dan Muller merupakan langkah pembaharuan yang diambil oleh skuad kebangsaan sementara mahu meningkatkan mutu pemain-pemain muda, sekali gus membantu membantu perkembangan mereka beraksi di pentas antarbangsa.

"Kami berdepan cabaran baru.

"Kami berpeluang untuk menghasilkan peningkatan dan memperbaiki kesilapan lalu bagi memastikan masa depan skuad Jerman terjamin."
 

Advertisement

Must Watch Video