DYNAMO KIEV 0 CHELSEA 5
(Chelsea ke suku akhir dengan agregat 8-0)
Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, percaya Ruben Loftus-Cheek mempunyai kriteria untuk menjadi antara pemain tengah terbaik Eropah.
Jaringan hatrik Olivier Giroud serta masing-masing satu gol daripada Marcos Alonso dan Callum Hudson-Odoi memastikan kemenangan 5-0 The Blues ke atas Dynamo Kiev dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Europa di Stadium Olimpik NSK, awal pagi tadi, untuk memastikan kemaraan mereka ke suku akhir dengan agregat 8-0.
Walaupun tiada dalam senarai penjaring, Sarri kagum dengan sumbangan Loftus-Cheek dan berasakan pemain itu mempunyai segala keperluan untuk menjadi pemain terbaik di benua itu.
"Dia melakukannya dengan amat baik, dia telah mula berkembang sejak bulan lalu," katanya kepada BT Sport.
"Dia mampu untuk kembali menjalani latihan sejak mengalami kecederaan belakang.
"Dia memaparkan aksi yang luar biasa dan saya amat gembira dia dapat beraksi selama 90 minit.
"Potensinya sebagai seorang pemain amat-amat tinggi.
"Daripada segi fizikal, teknikal dan taktikal, dia sedang berkembang.
"Dia boleh menjadi pemain tengah terbaik bukan sekadar di England tetapi di Eropah," katanya.
Jaringan hatrik Giroud meletakkannya sebagai penjaring terbanyak Liga Europa musim ini dengan sembilan gol dan Sarri amat gembira dengan apa yang dipamerkan pemain itu.
"Sejak akhir-akhir ini, dia beraksi dengan baik setiap kali diturunkan," tambah Sarri dalam sidang media.
"Dia telah menjaringkan sembilan gol dalam kejohanan ini.
"Seperti yang anda semua sedia maklum, Olivier merupakan tonggak utama kami.
"Saya amat gembira dengan apa yang telah dia lakukan," tambahnya.
Bekas kelab yang dikendalikan Sarri, Napoli, turut melangkah ke suku akhir selepas menewaskan Salzburg dengan agregat 4-3, namun pengendali kelahiran Itali itu berkata dia hanya mahu bertemu skuad Partenopei itu dalam aksi final di Baku, 29 Mei depan.
"Saya mahu bertemu mereka dalam final.
"Ia bermaksud kami akan layak ke final dan saya gembira tentang itu.
"Yang keduanya, ia bermaksud Napoli juga akan ke final dan saya gembira tentang itu.
"Anda semua tahu tentang hubungan saya dengan bandar itu, dengan orang di sana.
"Bagi saya, amat sukar untuk kami menentang mereka di Naples," katanya lagi.