Skip to main content

Bola Sepak

Lloris umum persaraan aksi antarabangsa

hugo-lloris_13wvggu2tpqyu1nefpr3hs5kq5.jpg
Hugo Lloris trelah bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas mengetuai Perancis dalam dua aksi final Piala Dunia berturut-turut.

Penjaga gol, Lloris merupakan pemain Les Bleus yang paling banyak memiliki kaps sejak mengetuai pasukan sejak 2012.

Pemain Tottenham itu memakai lilitan kapten dalam enam kejohanan utama, termasuk tiga Piala Dunia.

Lloris merupakan penjaga gawang ketika Perancis merangkul gelaran Piala Dunia 2018, selepas tewas dalam aksi final di Euro 2016.

Sekali lagi bertindak sebagai penjaga gol utama, Lloris memimpin Perancis ke final Piala Dunia Qatar sebelum tewas menerusi penentuan penalti kepada Argentina.

Setelah mengambil masa untuk mengumumkan keputusan berikutan kekalahan itu, Lloris mengesahkan persaraannya dalam temu bual dengan L'Equipe semalam.

"Ada masanya anda perlu tahu cara menyerahkan tugas ini kepada pemain lain," katanya, sebelum merujuk kepada timbalannya Mike Maignan.

"Saya yakin pasukan ini sentiasa bersedia untuk meneruskan cabaran, dan ada juga penjaga gol yang bersedia untuk menjaga gawang Perancis."

Maignan dilihat sebagai pencabar slot penjaga gol utama buat Lloris di Qatar, sebelum menyertai senarai panjang bintang Perancis yang terlepas kejohanan tersebut ekoran kecederaan.

Lloris hanya berjaya mengelak daripada dibolosi dalam satu perlawanan, dalam aksi separuh akhir bertemu Maghribi.

Dia mengakhiri karier dengan lapan kali tidak dibolosi di pentas Piala Dunia, hanya di belakang Fabien Barthez dan Peter Shilton (kedua-duanya 10) sejak 1966.

Advertisement

Must Watch Video