Skip to main content

Bola Sepak

Liverpool tidak bersedia berbelanja besar untuk pemain baru -- Jurgen Klopp

liverpool-manager-jurgen-klopp_271634678.jpg
Pengurus Liverpool Jurgen Klopp menegaskan kelab itu tidak akan mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk mendapatkan pemain baru.

Kelab itu telah menarik diri daripada usaha mendapatkan Jude Bellingham dengan Borussia Dortmund mungkin akan meminta bayaran sekitar GBP130 juta.

Dengan pembinaan semula bahagian tengah yang diperlukan, mereka kini mengalih tumpuan kepada Alexis Mac Allister dari Brighton sebagai alternatif.

Isu Liverpool di bahagian tengah boleh menjadi faktor kelab-kelab lain meletakkan nilai yang tinggi kepada The Reds yang terdesak untuk memperkuatkan semula bahagian tengah mereka. 

Namun Klopp menyatakan kelab tidak akan membayar lebih terhadap pemain yang mereka sasarkan serta berasakan memberikan pilihan kepada kelab mendapatkan pemain lain.

“Kami tidak boleh membeli pemain itu yang terlalu mahal. Jika harganya terlalu tinggi kita tidak boleh melakukannya,” katanya.

“Saya cukup pasti kami akan membawa masuk pemain yang kami mahukan dan mereka yang akan membantu kami. Saya cukup yakin dengan usaha yang dilakukan.

“Anda mungkin mempunyai pemain yang diinginkan namun jika kelab lain tidak mahu menjual atau terdapat kelab yang mahu membayar dengan harga yang lebih tinggi, maka kami tidak boleh meneruskannya.

“Tetapi biasanya kami akan mendapat pemain yang kami mahukan. Namun persoalannya adakah kami mampu untuk membawa mereka menyertai kelab?”

Advertisement

Must Watch Video