LIGA INGGERIS
Liverpool rekodkan kemenangan ke-300 EPL di Anfield
LIVERPOOL 2 NEWCASTLE UNITED 0
Liverpool menyertai kelab-kelab elit selepas merekodkan kemenangan ke-300 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri selepas menewaskan Newcastle 2-0, awal pagi tadi.
The Reds menjadi kelab keempat untuk mencapai rekod itu apabila meraih kemenangan ke atas skuad kendalian Rafa Benitez itu.
Iklan
Jaringan ke-32 Mohamed Salah untuk musim ini dalam semua kejohanan menyaksikan Liverpool berada di landasan terbaik sebelum Sadio Mane memastikan kemenangan mereka di Anfield.
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool melonjak ke tangga kedua EPL, sekali gus memberi tekanan kepada Manchester United yang bakal berdepan Crytal Palace, esok.
Untuk rekod, United kini telah meraih kemenangan di laman sendiri sebanyak 359 kali di Old Trafford, manakala Arsenal di tempat kedua dengan 318.
Penyandang juara EPL, Chelsea, juga merekodkan 311 kemenangan manakala pencabar terdekat Liverpool, Tottenham, kini dengan 261 kemenangan.
Must-Watch Video