Jurgen Klopp memuji hari yang sempurna buat Liverpool ketika mereka menewaskan Manchester United 7-0 di Anfield, awal pagi tadi.
Gembira tetapi tidak terlalu berbangga, Klopp berkata keputusan itu pasti akan tersemat dalam lipatan sejarah tetapi ia bukan modal utama untuk mereka pada masa ini.
Pengurus Liverpool itu menyifatkan pasukannya sebagai cemerlang sambil dia memuji kepada Mohamed Salah yang menjadi penjaring gol terbanyak kelab tersebut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila golnya yang ke-129 dalam pertandingan berkenaan membawanya mengatasi pencapaian Robbie Fowler.
Salah menghasilkan dua gol, begitu juga Cody Gakpo dan Darwin Nunez, manakala Roberto Firmino masuk dari bangku simpanan untuk menyumbat gol ke ketujuh.
Tetapi kesabaran The Reds terlebih dahulu dituntut sebelum memecah kebuntuan pada minit ke-43 dan sebaik ketinggalan, United seolah-olah menyerah kalah.
"Tiada kata-kata, ini permainan bola sepak yang menakjubkan, luar biasa", katanya di Sky Sports.
"Kami memperagakan bola sepak terbaik ketika menentang pasukan yang dalam prestasi yang baik.
"Dalam separuh masa kedua, permulaan kami cukup baik, penyudahnya cukup baik dan segala-galanya cukup bagus. Itulah bola sepak dan ia boleh berlaku.
"United sedang mengharungi musim yang hebat dan kami tidak begitu gembira dengan musim kami setakat ini, tetapi ia tidak membawa sebarang bermakna sempena pertembungan ini.
"Hari ini kami adalah pasukan yang jelas lebih baik dan kami meraih tiga mata yang sangat penting."
Liverpool memungut 13 daripada 15 mata yang ditawarkan dalam lima perlawanan liga.
Justeru, Klopp berkata: "Masih terdapat banyak mata untuk dikutip dan itulah yang kami mahukan.
"Untuk malam ini ia adalah sempurna. Ia adalah dorongan yang kami mahukan; ia mendorong kami ke arah yang tepat. Kami makin hampir dan semua orang perlu berasakan kehadiran kami, perlu tahu bahawa kami masih wujud.
"Ia tidak berlaku untuk seketika tetapi malam ini adalah persembahan sebenar tentang kemampuan kami dan apa yang kami harus jadi mulai sekarang."

7 - Liverpool have recorded their biggest ever competitive win against Manchester United (7-0), surpassing their previous best which was set back in October 1895 (7-1 in the second tier). Rout. pic.twitter.com/u0MR5z07US
— OptaJoe (@OptaJoe) March 5, 2023