Skip to main content

Bola Sepak

Liverpool buat Man United kini berpaling sokong Man City -- John Aldridge

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liverpool-x-man-utd.jpg
Bekas legenda Liverpool, John Aldridge memberikan tamparan hebat buat penyokong Manchester United yang tampak gembira atas kekalahan Liverpool ditangan Crystal Palace bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.

Aldridge mengakui satu keputusan yang amat sukar untuk ditelan oleh penyokong Liverpool namun tetap memberikan pujian atas prestasi cemerlang barisan pertahanan Palace yang berjaya mengekang asakan demi asakan oleh jentera serangan The Reds.
 
Aldridge turut menyatakan bahawa Man United kini tidak berada pada fasa yang terbaik sehingga 'terpaksa' bersorak buat seteru mereka sendiri iaitu Manchester City bagi menghalang Liverpool julang kejuaraan EPL.
 
Pada malam yang sama, Arsenal turut menerima kekalahan perit ke atas Aston Villa juga di laman sendiri, Emirates.

Dengan keputusan dua perlawanan itu, Manchester City kini memiliki kelebihan dua mata selepas anak buah Pep Guardiola meraih tiga mata penuh pada Sabtu lalu.
 

Advertisement

Must Watch Video