Pemilik Inter Miami CF, Jorge Mas, berkata Lionel Messi dijangka membuat penampilan sulung dalam Liga Bolasepak Utama (MLS) ketika menentang Cruz Azul dalam Piala Liga, 21 Julai depan.
Mas mendedahkan kepada pemberita bahawa Messi telah bersetuju dengan syarat dalam kontraknya.
Semalam, terdapat laporan yang mengatakan perjanjian itu akan berlangsung hingga akhir musim 2025 dengan pilihan untuk melanjutkannya hingga 2026 yang dinilai sekitar $60 juta (RM279j) setahun.
Messi, yang bakal berusia 36 tahun Sabtu ini, pada 7 Jun lalu mengumumkan bahawa dia akan menyertai Miami dan daripada Paris Saint-Germain (PSG).
Pemilik tujuh Ballon d'Or itu mengetuai Argentina untuk meraih kejayaan Piala Dunia pertama mereka sejak 1986 di Qatar tahun lalu.
“Saya rasa akan sentiasa ada kisah Messi -- baik sebelum dan selepas apabila kita bercakap mengenai sukan ini di Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada media tempatan, Miami Herald.
“Saya berkeyakinan tinggi bahawa kami boleh mencipta satu kancah di Amerika Utara dan Amerika Syarikat yang jika bukan liga terhebat sekalipun, menjadi salah satu daripada dua liga terbaik di dunia.
"Saya tidak boleh terlalu menekankan magnitud pengumuman ini."

— Inter Miami CF (@InterMiamiCF) June 7, 2023